Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka, pada Jumaat pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.<br /><br />Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.
